Friday, 12 July 2013

[Sains Tingkatan 2] Air (water)


Komposisi air 

1 molekul air mengandungi 1 atom oksigen dan 2 atom hidrogen.


Formula kimia air : H2O

Water consists of compound molecules made up of 2 hydrogen atoms and 1 oxygen atom.




Elektrolisis (penguraian air)

Elektrolisis adalah proses menguraikan elektrolit (air) kepada komponen asalnya, iaitu oksigen dan hidrogen.

Rod karbon yang sambung pada hujung positif bateri disebut anod / elektrod positif.
Rod karbon yang sambung pada hujung negatif bateri disebut katod / elektrod negatif.



Gas yang terhasil pada anod (elektrod positif) ialah oksigen.
Gas yang terhasil pada katod (elektrod negatif) ialah hidrogen.

Nisbah isi padu oksigen kepada hidrogen ialah 1:2
Kesimpulannya: satu molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen.

Gas yang terkumpul diuji dengan kayu uji :

Gas Hidrogen memadamkan kayu uji menyala dengan bunyi ‘pop”.
Gas Oksigen menyalakan kayu uji berbara.



.



Uji Oksigen



Uji Oksigen




Uji hidrogen





.

6 comments:

Anonymous said...

sy nk tnya. kenapa said sulfurik cair ditambah dalam aktiviti ini?

Anonymous said...

*asid

Miss CCKOH said...

asid sulfurik ditambah untuk membolehkan arus elektrik mengalir dalam air. Dengan menambah asid sulfurik, kadar elektrolisis ditingkatkan, proses dipercepatkan.

Nurhanani Mokhtar said...

mengapakah aras air berkurang semasa proses elektrolisis air

Nurhanani Mokhtar said...

mengapakah aras air berkurang semasa proses elektrolisis air

Miss CCKOH said...

sebab air telah diuraikan menjadi oksigen dan hidrogen

Post a Comment