Friday 12 July 2013

[Sains Tingkatan 2] Air (water)


Komposisi air 

1 molekul air mengandungi 1 atom oksigen dan 2 atom hidrogen.


Formula kimia air : H2O

Water consists of compound molecules made up of 2 hydrogen atoms and 1 oxygen atom.




Elektrolisis (penguraian air)

Elektrolisis adalah proses menguraikan elektrolit (air) kepada komponen asalnya, iaitu oksigen dan hidrogen.

Rod karbon yang sambung pada hujung positif bateri disebut anod / elektrod positif.
Rod karbon yang sambung pada hujung negatif bateri disebut katod / elektrod negatif.



Gas yang terhasil pada anod (elektrod positif) ialah oksigen.
Gas yang terhasil pada katod (elektrod negatif) ialah hidrogen.

Nisbah isi padu oksigen kepada hidrogen ialah 1:2
Kesimpulannya: satu molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen.

Gas yang terkumpul diuji dengan kayu uji :

Gas Hidrogen memadamkan kayu uji menyala dengan bunyi ‘pop”.
Gas Oksigen menyalakan kayu uji berbara.



.



Uji Oksigen



Uji Oksigen




Uji hidrogen





.